Cuma beberapa perkara yang mungkin kita masih boleh memperbaikinya ialah cara kita menyambut ibadat ini di tahun-tahun akan datang. Misalnya terlalu mempromosi majlis-majlis berbuka puasa sehingga menampakkan bahawa berbuka diadakan secara keterlaluan. Diutamakan berbanding dengan ibadat puasa dan sembahyang terawih. Iklan berbuka puasa di hotel-hotel mewah dengan hidangan lazat. Pasar Ramadan beroperasi seawal jam 10 pagi. Berbelanja berbuka sehingga banyak berlaku pembaziran. Hindarkanlah perkara seumpama ini.
Begitu juga dengan sambutan Raya. Ada yang berkata sambutan Raya diadakan sehingga sebulan bulan Syawal. Di sana sini diadakan majlis Raya samada di peringkat jabatan, organisasi, bisnes dan majlis-majlis sosial serta politik. Di mana-mana sahaja diadakan rumah terbuka.
Sebenarnya pada hari raya kedua kita sudahpun digalakkan berpuasa 6, iaitu puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.
Betul lah seperti kata-kata M Nasir menerusi lagunya, "Satu Hari Di Hari Raya....". Hari Raya hanya sehari.
Oleh itu jalanilah ibadat puasa sunat di bulan Syawal.... usah membazir dengan perbelanjaan raya, kerana banyak lagi perbelanjaan lain yang perlu kita tangani seperti persekolahan anak-anak, membeli buku-buku persekolahan dan sebagainya.
Ingatlah, berjimat sebelum habis. Dan juga harus diingatkan budaya kanak-kanak berkunjung untuk mendapatkan duit raya tidak diterapkan oleh ibu bapa masa kini. Seharusnya "Peminta Sedekah" moden tidak perlu wujud dalam masyarakat. Amalan pemberian duit raya hanya untuk keluarga adalah perlu untuk mengeratkan ukhwah dikalangan keluarga terdekat.
Tingkatkan produktiviti untuk bangsa dan negara tercinta.
No comments:
Post a Comment